Cara Melawan Kelesuan Waktu Siang

Anda duduk di meja pada waktu siang tetapi minda anda berkeliaran ke tempat lain. Anda rasa penat, tidak boleh focus dan hanya mahu segera pulang ke rumah – ya, inilah dia kelesuan waktu siang yang amat membimbangkan.

Kelesuan waktu siang adalah masalah biasa yang disebabkan oleh penurunan suhu badan. Ia juga disebabkan oleh hormon tidur melatonin yang menghasilkan kuantiti lebih banyak sebelum kita tidur pada waktu malam. Melatonin memperdaya badan anda untuk berfikir bahawa sudah sampai waktu untuk tidur siang. Namun, anda tidak boleh hanya menyalahkan jam dalaman badan anda – apa yang anda makan juga turut memainkan peranan penting.

Kopi atau snek/makanan ringan yang mengandungi gula akan memberikan anda tenaga segera tetapi tenaga tersebut juga akan semakin lemah apabila gula dalam darah anda merosot.

Satu muslihat untuk mengatasi kelesuan pada waktu petang sebenarnya bermula pada awal hari iaitu dengan makanan sarapan pagi anda! Mulakan hari anda dengan mengambil makanan yang mengeluarkan tenaga ini dengan perlahan-lahan.

Makanan berkanji – karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi boleh membantu, terutamanya jika anda memilih bijirin penuh. Makanan ini boleh meningkatkan tenaga dan fokus, dan juga merupakan sumber nutrisi yang baik. Cubalah roti bakar yang disalut dengan mentega kacang dan pisang atau telur hancur

Jika anda tergesa-gesa, anda boleh juga mengambil bijirin dengan susu rendah lemak dan segelas jus. Bijirin adalah sumber yang bagus untuk zat besi, yang boleh melindungi anda apabila merasa lesu.

Elakkan pengambilan gula jika boleh kerana gula boleh meningkatkan risiko merasa lesu. Sneklah dengan kekacang atau buah-buahan!

Jangan tinggalkan makan tengah hari! Jika anda sibuk bekerja, anda mungkin rasa salad sudah mencukupi untuk anda meneruskan hari anda tetapi penting untuk mengambil protein serta sumber karbohidrat juga, atau anda mungkin merasa letih dengan cepat. Tambah telur rebus dengan salad anda atau potongan daging. Jangan tergoda untuk memakan makanan berlemak ya! Ini juga boleh menyebabkan anda merasa letih.

Jika anda masih merasa lesu selepas makan tengah hari, meningkatkan kadar degupan jantung boleh membantu menambah tenaga. Keluar sebentar untuk berjalan dan ambil udara segar atau turun naik tangga di tempat kerja atau di rumah. Ini boleh membantu anda jadi lebih cerdas!.

Jadi pastikan pengambilan diet pemakanan yang betul dan bangun dari tempat duduk anda dari masa ke masa dan anda akan lebih bertenaga melawan kelesuan waktu siang!

Sumber: Tictrac